suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ozil enggan pindah, tolak tawaran PSG buat Arsenal pening kepala

MESUT Ozil enggan berpindah dan menolak peluang untuk bermain bersama kelab Paris Saint-Germain (PSG).

Ozil enggan berpindah secara pinjaman ke PSG menyebabkan Arsenal pening kepala untuk membayar gaji 350 ribu pound seminggu (RM1.8 juta) berikutan tekanan kewangan kelab.

The Gunners bersedia melepaskan bekas bintang Jerman itu, malah PSG juga sudah bersetuju pada Januari lalu namun Ozil menolak tawaran tersebut.

Ozil lebih banyak berada di bangku simpanan musim ini berbanding jumlah beraksi.

Arsenal juga sudah mencari kelab yang sesuai untuk Ozil malah ada yang berminat, namun jumlah gaji yang tinggi menyebabkan perbincangan tergendala.

Difahamkan Ozil enggan meninggalkan Stadium Emirates dengan kontrak pemain pinjaman dan mahu sebagai pemain tetap jika dia meninggalkan kelab tamat musim ini.

Biarpun Ozil antara perancang utama pasukan sebelum ini, tetapi kehadiran pengurus baharu Unai Emery jelas menunjukkan bahawa tiada tempat untuk pemain itu berdasarkan visi jangka panjang kelab.-Dailymail.co.uk

Mesut Ozil

Artikel Lain