suria

"Kami hilang mentor, jurulatih" - Beckham ketuai penghormatan akhir kepada pencipta 'Class of 92'

Harrison (depan) bersama skuad Class of 92.

BEKAS jurulatih skuad remaja Manchester United Eric Harrisson meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Harrison dianggap mentor kepada skuad terkenal United 'Class of 92'.

Sepanjang melatih  skuad remaja itu, Harrison melahirkan ramai pemain terkenal seperti David Beckham, Paul Scholes, Gary dan Phil Neville, Ryan Giggs dan Nicky Butt yang kesemuanya menjadi pemain utama ketika era Sir Alex Ferguson dan merangkul banyak kejayaan.

Ferguson bersama Harrison (kanan).

"Sumbangan Eric dalam bola sepak bukan sahaja di Manchester United sangat luar biasa.

"Ketika menjadi pengurus, saya sangat bertuah memiliki Eric sebagai ketua staf dalam pembangunan pasukan remaja. Jadi saya dapat lihat apa yang dia lakukan, bukan sahaja dengan Class of 92 tetapi semua pemain muda.

"Dia membina karektor dan keazaman dalam diri pemain-pemain muda serta menyediakan mereka untuk masa depan. Dia adalah seorang guru, dia memberi pemain laluan, pilihan dan  hanya dia yang melalui kerja kerad dan pengorbanan.

"Dia memberi pelajaran kepada pemain-pemain muda yang menjadikannya sebagai salah seorang jurulatih terbaik ketika itu," ujar Ferguson.-Dailymail.co.uk

Eric Harrison, Manchester United

Artikel Sebelum

LTdL ditunda ke tarikh baharu

Artikel Berikut

Artikel Lain