suria

Persenda kematian Sala, dua penyokong Southampton ditahan

Dua penyokong Southampton dilihat memberikan isyarat kapal terbang yang dianggap mempersendakan kematian Sala.

DUA penyokong Southampton ditahan polis selepas mempersendakan kematian Emiliano Sala semasa perlawanan pertama Cardiff City, malam Sabtu sejak mayat penyerang sensasi itu dikenal pasti.

Kedua-dua penyokong tersebut dilihat melakukan isyarat kapal terbang beberapa hari selepas mayat Sala dikeluarkan dari bangkai pesawat yang ditemui terdampar di Selat Inggeris.

Mayat tersebut disahkan sebagai Sala pada Khamis manakala mayat juruterbang David Ibbotson masih belum ditemui.

"Kelab Bola Sepak Southampton boleh mengesahkan dua penyokong tersebut ditahan dan keterangan mereka dirakam polis semasa pertemuan dengan Cardiff City pada Sabtu.

Penyokong Cardiff membawa bersama poster Sala semasa perlawanan di St Mary.

"Kami akan bekerjasama dengan polis Hampshire untuk mengenal pasti mana-mana individu yang membuat isyarat kurang sopan ke atas penyokong Cardiff.

"Kami tidak akan berkompromi dengan perlakuan sedemikian dan ia tiada tempat dalam perlawanan kami.

"Kelab akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dan akan menyekat penyokong seperti ini," katanya.

Penyokong yang ditahan itu mungkin tidak dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan di St Mary selama tiga tahun. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain