Mourinho rela bayar denda RM851,658 demi elak hukuman penjara satu tahun - Sukan | mStar

Mourinho rela bayar denda RM851,658 demi elak hukuman penjara satu tahun

BEKAS pengurus Real Madrid, Chelsea dan Manchester United, Jose Mourinho menerima hukuman penjara selama satu tahun kerana menipu cukai berjumlah € 3.3 juta (RM15.4 juta).

Namun, jurulatih dari Portugis itu tidak akan menjalani hukuman di penjara.

Siasatan kes itu menyatakan bahawa kementerian cukai dan pasukan pertahanan Mourinho bersetuju untuk menukar hukuman penjara 12 bulan kepada denda bernilai € 250 (RM1,166) sehari selama 24 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden tergelincir jatuh di gelanggang hoki ais, Mourinho tetap tenang

Jumlah itu bersamaan dengan € 182,500 (RM851,658) kerana di bawah terma penjara undang-undang Sepanyol (hukuman bawah dua tahun) boleh dilaksanakan di bawah percubaan.

Pembentangan di mahkamah mengatakan bahawa Mourinho menyewakan hak imejnya kepada syarikat-syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands dan Ireland pada 2004.

Tetapi, dia telah mengecualikan pendapatan daripada pulangan cukainya dari 2011 dan 2012, ketika bergelar jurulatih Real Madrid dan sebagai penduduk fiskal di Sepanyol dengan 'niat mendapatkan keuntungan secara haram'.

Selain hukuman penjara satu tahun, Mourinho telah didenda € 1.9 juta (RM8.87 juta), iaitu 60 peratus daripada jumlah yang ditipu, serta € 121,764 (RM568,226) sebagai faedah.

Jurulatih itu dipecat oleh Manchester United pada Disember selepas kelab Liga Perdana Inggeris menanggung permulaan terburuk mereka dalam tempoh 28 tahun. - Reuters

Jose Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sultan Ahmad Shah mangkat