Selepas Akhyar, JDT mahu Syazwan Andik - Sukan | mStar

Selepas Akhyar, JDT mahu Syazwan Andik

Foto kredit: Instagram SyzwaAndik

PETALING JAYA: Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mendapatkan seorang lagi pemain muda selepas Syazwan Andik bergelar pemain ejen bebas.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest memberitahu berikutan penamatan kontrak Syazwan Andik dengan Kuala Lumpur, yang menjadikannya seorang pemain ejen bebas, JDT ingin mendapatkan pemain tersebut secepat mungkin.

"Kami akan berbincang dengan Syazwan sama ada dia mahu kembali ke Harimau Selatan.

"Kelab berharap dapat mencapai persetujuan bersama Syazwan secepat mungkin," jelasnya dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Sabtu.

Sebelum ini Syazwan,22, memberitahu kepada media bahawa dia telah menamatkan kontrak bersama Kuala Lumpur selepas tidak menerima gaji selama dua bulan.

Syazwan memuat naik kontrak bersama KLFA di Instagramnya.

"Saya telah menamatkan kontrak saya bersama pasukan Kuala Lumpur kerana sudah dua bulan  tidak menerima gaji untuk  November dan Disember. "Terdapat satu syarat dalam kontrak saya dengan KLFA yang membenarkan saya menamatkan kontrak jika tidak menerima gaji untuk dua bulan.

"Saya telah memberi surat kepada Ketua Jurulatih Yusri Che Lah pada pada 9 Januari dan memberitahunya tentang hasrat untuk menamatkan kontrak.

"Saya juga telah menghantar e-mel kepada KLFA untuk menamatkan kontrak atas sebab tidak menerima gaji," jelasnya.

Sekiranya JDT berjaya berjaya mendapatkan Syazwan ini bermakna skuad Harimau Selatan makin berbisa dengan gandingan dua lagi pemain  muda yang makin meningkat Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.

Ketiga-ketiga mereka itu merupakan pemain muda skuad kebangsaan.Sebagai rekod, Syazwan merupakan bekas pemain JDT II sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur musim lalu.

Syazwan Andik

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati