"Lebih baik berhenti jadi jurulatih daripada upah pengintip" - Lampard - Sukan | mStar

"Lebih baik berhenti jadi jurulatih daripada upah pengintip" - Lampard

Lampard kecewa dengan tindakan pihak lawan yang menghantar pengintip (kanan) ketika menjalani latihan.

FRANK Lampard mendedahkan dia sanggup berhenti  menjadi jurulatih daripada mengupah pengintip untuk melihat taktik lawan.

Pengurus Derby County itu  berkata demikian selepas pesaing utama Marcelo Bielsa menggunakan taktik itu ketika pasukannya tewas 2-0 kepada Leeds.

Pasukan Liga Kejuaraan  itu terkejut selepas seorang lelaki ditangkap diluar pusat latihan Derby pada Khamis.

Pihak polis terpaksa masuk campur yang mendedahkan lelaki itu bekerja dengan Leeds bagi melihat latihan skuad Lampard.

Selepas insiden itu, Bielsa bercakap dengan Lampard menerusi telefon dan mengakui dia bertanggungjawab sepenuhnya.

"Sudah tentu bagi saya ia tidak patut dan saya tidak pasti orang lain yang menceburi sukan dalam setiap peringkat akan rasa ianya betul.

"Jika ia sebuah buday, saya sangat terkejut kerana ia tidak betul.

"Menipu adalah besar maknanya. Jika anda bercakap mengenai perincian dan mendapat kelebihan, hebat dan semua pengurus patut lakukannya. Tetapi ia melampaui batas.

"Semua pengurus berbangga dengan apa yang mereka lakukan ketika berlatih. Saya menghabiskan masa 15 jam melihat Leeds beraksi minggu ini.

"Jadi apabila sesorang datang mengintip apa yang pasukan buat..pihak media dan orang yang tidak bermain...ia dianggap sudah lebih 'garisan'.

"Lebih baik saya tidak menjadi jurulatih daripada menghantar orang mengintip dengan melutut memegang playar dan pemotong logam dan melihat pasukan lain  kerana saya menghormati pasukan lawan," ujarnya.-Dailymail

Frank Lampard , Derby

Artikel Sebelum

Kim Swee gugur empat pemain

Artikel Berikut

Selepas Akhyar, JDT mahu Syazwan Andik

Lebih Artikel