Chelsea sanggup lepaskan Hudson-Odoi kepada Bayern, tetapi dengan satu syarat! - Sukan | mStar

Chelsea sanggup lepaskan Hudson-Odoi kepada Bayern, tetapi dengan satu syarat!

Hudson-Odoi menjadi rebutan Bayern. - Foto Rex

CHELSEA sedia menerima tawaran Bayern Munich untuk mendapatkan Callum Hudson-Odoi jika mereka bersetuju memasukkan klausa beli-balik ke dalam kontrak perpindahan tersebut.

Juara Jerman itu berhasrat untuk membawa pemain remaja tersebut ke Bavaria dan telah memberikan empat tawaran dengan tawaran terbaru mencecah £35 juta (RM184 juta).

Chelsea mahu menyimpan Hudson-Odoi tetapi sedar bahawa dia hanya mempunyai baki kontrak 18 bulan lagi.

Pemain itu juga mengancam untuk tidak melanjutkan perjanjiannya jika tawaran oleh Bayern ditolak.

Tetapi The Times mendakwa bahawa Chelsea kini bersedia untuk membiarkan pemain berusia 18 tahun itu pindah ke Bayern dengan syarat klausa beli-balik dimasukkan dalam perjanjian itu.

Namun, Bayern enggan bersetuju dengan tuntutan Chelsea.

Bagaimanapun, Bayern tahu betapa bernilainya Hudson-Odoi jika dia bermain di Bundesliga.

Pemain muda England Jadon Sancho juga berpindah ke Borussia Dortmund 18 bulan lalu dengan bayaran sebanyak RM42 juta.

Sarri kecewa dengan tindakan Bayern yang menyuarakan hasrat mahu mendapatkan Hudson-Odoi secara terang-terangan. - Foto AP

Kelab itu kini menganggarkan nilai pemain terbabit sudah mencecah 10 kali ganda lebih tinggi selepas mempamerkan kempen yang menakjubkan.

Chelsea dikatakan enggan mengambil risiko melihat seorang lagi pemain berbakat meninggalkan kelab itu untuk bersinar di pasukan lain seperti Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan Mohamed Salah.

Chelsea dilaporkan tidak gembira apabila Bayern menyatakan minat mereka ke atas Hudson-Odoi secara terang-terangan.

Maurizio Sarri yang berang dengan kenyatan itu berkata: "Saya rasa ia tidak profesional. Mereka bercakap tentang pemain yang masih di bawah kontrak Chelsea.

"Jadi, saya rasa mereka tidak menghormati kelab kami. Saya sangat gembira dengan pemain tersebut kerana dia prestasinya semakin bagus." - Metro UK

Hudson-Odoi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati