suria

Pengerusi Tottenham tidak akan biarkan Pochettino sertai United

Pochettino kekal jadi pilihan pertama United sebagai jurulatih tetap kelab itu. - Foto AFP

TOTTENHAM nekad untuk mengekalkan khidmat pengurus Mauricio Pochettino dan sedia menolak tawaran bernilai £50 juta (RM263 juta) daripada Manchester United.

Pengerusinya, Daniel Levy dilaporkan telah menjelaskan bahawa dia akan menolak sebarang tawaran daripada kelab pesaing Liga Perdana Inggeris tersebut yang sedang mencari jurulatih tetap.

Bos interim United, Ole Gunnar Solskjaer berminat untuk menggantikan Jose Mourinho sepenuh masa dan pernah memenangi lima perlawanan pertamanya menjelang perlawanan di Wembley pada Ahad.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Argentina itu kekal menjadi pilihan pertama United.

Levy bagaimanapun, percaya bahawa Spurs tidak akan mengambil risiko untuk melepaskan Pochettino dan akan menolak sebarang tawaran dari Old Trafford, menurut laporan The Sun.

Mereka mendakwa bahawa walaupun United sanggup membayar baki empat tahun perjanjian Pochettino di Spurs yang bernilai RM179 juta dan tambahan RM84 juta, Levy tetap dengan pendiriannya.

Pengerusi itu juga bersedia memberi pengurus tersebut kata akhir tentang aktiviti perpindahan. - Daily Mail

Mauricio Pochettino

Artikel Lain