suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muller digantung dua perlawanan gara-gara aksi 'terbang' di belakang pemain Ajax

Aksi Muller yang menyebabkan dia dilayang kad merah.

PENYERANG tinggi lampai Bayern Munich Thomas Muller digantung dua perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara pusingan 16 pasukan.

Bintang Jerman itu dilayangkan kad merah selepas 'aksi kaki terbang' di belakang Nicola Tagliafico ketika saingan kumpulan bertemu Ajax bulan lalu yang menyaksikan perlawanan seri 3-3.

Muller berdepan dengan denda mandatori digantung satu perlawanan sekaligus dia terlepas pusingan pertama di Anfield 19 Februari ini.

Namun panel disiplin Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) kini menjatuhkan dua penggantungan, bermakna dia juga terlepas aksi timbal balik pada 13 Mac.

Bayern memberi maklum balas akan membuat rayuan ke atas hukuman tersebut.- Eurosport

Thomas Muller

Artikel Berikut

Faris sarung jersi Perlis

Artikel Lain