suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Scoles bertumbuk, gelak dan rakam wajah mangsa

Arron (kiri) tidak mengaku bersalah memukul seorang lelaki di kelab malam Jun lalu. Foto: facebook Arron Scoles

ANAK lelaki legenda bola sepak Manchester United Paul Scoles dihadap ke mahkamah gara-gara memukul individu di sebuah kelab Jun lalu.

Arron Scholes,19, dituduh memukul seorang lelaki di sebuah kelab di Oldham.

Ketika insiden tersebut, dia turut ketawa seperti histeria dan merakam muka lelaki yang dibelasahnya itu.

Arron boleh dipenjarakan sehingga enam bulan jika didapati bersalah.

Bapanya Scoles,44, ibu Claire dan adiknya Calire,17, turut hadir ketika pertuduhan dilakukan di Mahkamah Tameside.

Bagaimana pun Arron tidak mengaku bersalah dan perbicaraan semula pada 18 Mac ini.

Mangsa Robert Kember memberitahu dia tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci mengenai serangan dan kesan kepadanya.-Dailymail

Arron Scoles, Paul Scoles

Artikel Lain