Chong Wei kembali ke gelanggang tiga bulan lagi - Sukan | mStar

Chong Wei kembali ke gelanggang tiga bulan lagi

Chong Wei bersama isterinya, Wong Mew Choo dan dua anak saya, Kingston dan Terrance. Foto The Star.

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tersenyum selepas kembali ke tanah air dari menjalani rawatan di Taiwan pada cuti Krismas yang lalu.

Beliau kini mendapat lampu hijau untuk kembali berlatih dalam tempoh tiga bulan lagi.

Ini bermakna beliau terpaksa melupakan kejohanan All England. Buat masa ini, rancangannya adalah kembali beraksi pada kejohanan Terbuka Malaysia April depan.

Ikuti temubual pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali bersama StarSport di kediaman Chong Wei mengenai harapannya pada 2019.

StarSport: Boleh anda beritahu perkembangan terkini mengenai tahap kesihatan anda semasa di Taiwan?

Chong Wei: Saya takut apabila pergi ke Taiwan semula semasa cuti Krismas baru-baru ini. Saya perlu melakukan ujian imbasan dan pemeriksaan darah sekali lagi. Nasib baik kanser tidak merebak. Segalanya baik. Doktor benarkan saya untuk berlatih tetapi malangnya tidak boleh terlalu aktif. Saya hanya boleh memberikan 30% daripada apa yang saya mampu. Saya ok dengan itu, ia permulaan yang bagus. Saya perlu kembali semula ke Taiwan selepas cuti Tahun Baru Cina dan biar doktor tentukan sama ada saya boleh kembali berlatih sepenuh masa.

StarSports: Jadi bila anda akan memulakan latihan ringan?

Chong Wei: Saya tidak akan bermula dengan serta-merta.... Saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai ayah terlebih dahulu. Saya akan mendaftarkan anak saya Kingston untuk tadika pada 2 Januari (esok). Saya mungkin mula pada minggu kedua Januari. Saya fokus kepada latihan di gimnasium. Saya perlu mendapatkan kembali tahap kecergasan saya. Saya tidak bimbang tentang skil saya... ia di sana dan tidak terlalu sukar untuk memperbaikinya.

StarSport: Adakah sukar bagi anda untuk bermula semula sekali lagi?

Chong Wei: Sebenarnya, saya masih bermain badminton semasa di Taiwan seminggu sebelum menjalani rawatan saya. Rakan saya ada gelanggang badminton peribadi di sana dan saya menggunakannya untuk keluar peluh. Saya masih berlatih di gim di kondo saya pada minggu ketiga rawatan sebelum badan saya lemah untuk melakukan apa sahaja. Dan semasa kembali ke rumah, saya meneruskan latihan di gim. Ahli fisioterapi Sandra (dari Institut Sukan Negara) membantu saya di sini (KL). Saya melakukan latihan berat. Saya ada gim di kediaman saya.

Saya tahu ia akan jadi sukar untuk bermula sekali lagi kerana saya tidak tahu bagaimana badan saya akan menerimanya apabila saya memaksa diri tetapi fikiran saya tetap mahu melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Beberapa orang meminta saya untuk bersara tetapi ada yang menyokong saya untuk terus bermain... saya menyesal jika saya tidak mencuba. Ada masanya saya hanya bawa raket ke katil, hanya mahu merasainya semula. Saya teruja tetapi saya tidak boleh mengabaikan kesihatan saya - itu jadi keutamaan.

StarSport: Jadi jika segalanya berjalan lancar, bila anda akan mula bertanding?

Chong Wei: Kejohanan antarabangsa pertama saya boleh jadi Terbuka Malaysia (2 hingga 7 April). Saya menang kali ke-12 tahun lalu sebelum saya jatuh sakit. Ia bagus untuk bermula semula di sini. Saya harap ranking saya tidak jatuh teruk (sekarang di kedudukan ke-23). Saya juga mahu bertanding pada Piala Sudirman di China (19 hingga 26 Mei). Ia akan jadi kejohanan utama pertama yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik.

StarSport: Apa harapan Tahun Baru anda?

Chong Wei: Saya harapkan tahun yang lebih baik. Saya mahu sihat. Saya harap anda semua akan jaga diri sendiri. Saya harap dapat menghabiskan masa bersama isteri, Wong Mew Choo dan dua anak saya, Kingston dan Terrance. Ia Malaysia baharu dan saya harap kita akan kembali bekerjasama bukan sahaja dalam sukan tapi semua perkara.

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Aidil Sharin dedah rahsia pilih Kedah

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain