Ronaldo tidak obses kejar trofi individu - Sukan | mStar

Ronaldo tidak obses kejar trofi individu

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa dia tidak obses dengan trofi individu, setelah terlepas gelaran Ballon d'Or pada tahun ini.

Penyerang Juventus itu juga gagal mendapatkan gelaran pemain terbaik FIFA dan UEFA pada tahun ini kerana bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Luka Modric berjaya menyapu semua anugerah tersebut.

"Saya tidak obses dengan hadiah individu," kata Ronaldo kepada akhbar sukan harian Portugis, Record.

"Perkara yang paling penting adalah memenangi trofi kolektif dan membantu pasukan. Selebihnya ia datang secara semulajadi. "

Ronaldo menambah: "Saya bukan sepanjang masa berfikir tentang memecah rekod. Saya melakukan yang terbaik untuk membantu kelab dan berada pada tahap terbaik saya.

"Tahap teknikal, taktikal dan fizikal semua pasukan adalah lebih baik hari ini.

"Semakin sukar untuk menang, jadi saya terpaksa bekerja keras untuk kekal berada di atas," katanya. - Punch NG

Ronaldo

Artikel Berikut

Ramsey setuju pindah ke Juventus

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak