suria

Andy Hata dilantik sebagai presiden ONE Championship Jepun

PETALING JAYA: Hideyuki Andy Hata dilantik sebagai presiden ONE Championship Jepun.

Nama Andy dalam industri sukan Jepun sememangnya tidak asing lagi malah dengan pengalamannya dalam kepemimpinan global, kepintaran intelektual serta rekod pencapaian kejayaan yang terbukti dalam prestasi komersial bakal melancarkan operasi ONE Championship di negara Matahari Terbit itu.

Pengerusi dan juga Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) ONE Championship, Chatri Sityodtong memberitahu, pihaknya amat  mengalu-alukan pelantikan Andy Hata ini.

"Andy adalah pemimpin perniagaan bertaraf dunia dengan minat yang  mendalam dalam bidang sukan dan keinginan untuk membawa impak yang besar kepada dunia," jelasnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Andy mengakui  gembira and berbesar hati menjadi sebahagian daripada hartanah global  seperti ONE Championship yang memberi fokus dan komitmen kepada nilai-nilai Asia di peringkat global.

"Saya berharap untuk memperkembangkan peluang yang dimiliki ONE Championsip dalam pasaran yang kaya dengan tradisi seni mempertahankan diri serta membawa jenama hiburan bertaraf dunia kepada peminat Jepun di seluruh negara," jelasnya yang juga merupakan Presiden Nielsen Sports, Asia Utara.

Sebelum menyertai Nielsen Sport, Andy mengetuai beberapa projek global bersama Sony Corporation, yang merupakan sebahagian daripada pasukan perkongsian global Sony bersama Fifa, yang menerajui strategi pengaktifan global untuk kesemua kejohanan utama termasuk Piala Dunia 2010.

Bersama ONE Championship, Andy akan bertanggungjawab memacu operasi harian yang memfokuskan kepada negaranya.

ONE Championship dijangka memasuki pasaran Jepun pada 2019 dengan acara pertamanya ONE: A New Era bakal berlangsung pada Ahad, 31 Mac 2019 di Ryogoku Kokugikan, Tokyo, Jepun sebelum ONE: Greatness Unleashed pada Oktober depan.

Artikel Sebelum

Ramsey setuju pindah ke Juventus

Artikel Lain