suria

Solskjaer bidas Mourinho, yakin boleh bimbing Rashford jadi penyerang berbisa

OLE Gunnar Solskjaer tidak bersetuju dengan penilaian Jose Mourinho ke atas Marcus Rashford dan percaya dia boleh membimbing penyerang Manchester United itu untuk melakukan penyudah terbaik.

Awal bulan lalu, Mourinho mengkritik kelemahan Rashford yang agak kurang berbisa di depan pintu gol dengan mendakwa pemain berusia 21 tahun itu memerlukan kualiti semula jadi untuk berjaya.

"Mereka berusaha keras tetapi ia bukan mengenainya. Ia tentang kualiti semula jadi. Kita perlukan lebih banyak untuk menjaringkan lebih banyak gol," kata Mourinho.

Namun Solskjaer yang menjaringkan 126 gol dalam 366 penampilan bersama United percaya dia boleh membantu Rashford memperbaiki kelemahan tersebut.

"Saya tidak dilahirkan dengan kualiti semula jadi. Saya belajar melakukan penyudah terbaik, saya belajar tentang gol, saya belajar pergerakan.

Marcus Rashford.

"Saya bekerja dengan mentaliti saya kerana itu kuncinya.

"Anda tidak sentiasa terlepas peluang tetapi anda tidak boleh melakukan apa-apa jika ia pergi. Ia sentiasa mengenai peluang kedua.

"Anda perlu satu langkah ke hadapan sebagai seorang penyerang, untuk mencipta ruang yang anda perlukan.

"Saya bekerja dengan Cristiano Ronaldo, Wayne, Danny Welbeck, Tevez di sini. Itu permulaan baik untuk saya.

"Namun kekuatan saya adalah menjaringkan gol dan saya yakin saya boleh membimbing semua pemain mengenai taktik menjaringkan gol.

"Namun dari segi bakat dan sifat fizikal, pemain di sini mempunyai lebih daripada apa yang saya ada," kata Solskjaer. - Metro.co.uk

Artikel Lain