suria

United sedia berbelanja besar beli Koulibaly selepas bidaan 95 juta pound ditolak

Kalidou Koulibaly.

MANCHESTER United akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan khidmat bintang Napoli Kalidou Koulibaly pada musim panas ini.

Jose Mourinho terdesak untuk membawa masuk pemain pertahanan itu pada musim panas lalu tetapi United enggan memenuhi permintaan tersebut.

Koulibaly berada dalam radar Mourinho dan Presiden Napoli Aurelio De Laurentiis mengesahkan awal bulan lalu bahawa Mourinho mahu mengemukakan bidaan kira-kira 95 juta pound sterling terhadap pemain tersebut sebelum dia dipecat.

Namun United masih berminat terhadap pemain pertahanan itu.

Menurut Gazzetta dello Sport, United dilaporkan bersedia untuk berbelanja 'gila' untuk merealisasikan perpindahan bintang Senegal itu pada hujung kempen 2018/2019.

Laporan itu mendakwa De Laurentiis akan mempertimbangkan apa jua tawaran bernilai 108 juta pound sterling daripada mana-mana kelab terhadap Koulibaly.

Barcelona turut berminat terhadap Koulibaly yang diangkat sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik di Eropah.

Ketika ditanya mengenai tawaran United musim lalu, De Laurentiis berkata:"Mourinho mahukannya, kami menolak bidaan sekitar 95 juta pound sterling."

"Namun sekarang tidak mustahil dia akan meninggalkan Napoli. - Metro.co.uk

Kalidou Koulibaly

Artikel Lain