Leukemia bukan alasan, bintang WWE bakal buat kemunculan semula menjelang Krismas - Sukan | mStar

Leukemia bukan alasan, bintang WWE bakal buat kemunculan semula menjelang Krismas

Roman disahkan menghidap leukemia. FOTO: FOX Sports Asia

KERJAYA bintang WWE, Roman Reigns bagaikan lenyap begitu sahaja apabila dia disahkan menghidap leukemia.

Sewaktu membuat pengumuman mengenai penyakit itu, Roman mengalirkan air matanya kerana terlalu sedih.

Dia juga dinasihatkan supaya melupakan perlawanan dan diminta berehat disisi ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan terbaik.

Dalam pada itu, sumber mendedahkan yang Roman tidak mahu berehat lama dan bakal membuat kemunculan semula dalam masa terdekat.

Malah, dia juga tidak mahu menjadikan penyakit sebagai satu alasan untuk melupakan impian serta minatnya.

Dia dikatakan bakal muncul dalam satu episod perlawanan khas yang akan disiarkan pada 20 Disember ini.

Namun, setakat ini perkara itu belum dapat disahkan lagi, ujar sumber berkenaan.

Jika dia benar-benar muncul dalam episod tirbute itu, ia bakal menjadi kemunculan pertama Roman selepas perlawanan terakhir, Oktober lalu.

Semenjak membuat pengumuman mengenai penyakit yang dihidapinya, dia hanya membuat satu kemunculan di khalayak ramai menerusi sebuah perlawanan bola sepak, tempoh hari.

Malah, peminat juga tidak putus-putus menghantar mesej positif dan mendoakan kesihatannya menerusi laman Twitter. - Daily Star.

Roman Reigns , WWE

Artikel Lain