Cheng Hoe yakin Farizal mampu selamatkan sepakan penalti - Sukan | mStar

Cheng Hoe yakin Farizal mampu selamatkan sepakan penalti

Farizal berjaya menepis sepakan penalti pemain Thailand.

BANGKOK: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mendedahkan beliau tetap berada dalam keadaan tenang apabila Thailand dihadiahkan sepakan penalti pada saat akhir dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di sini, malam Rabu.

Cheng Hoe berkata beliau yakin sekiranya sepakan diambil penyerang prolifik Thailand Adisak Kraisorn itu tidak melambung tinggi, penjaga gol negara Mohd Farizal Marlias tetap mampu menyelamatkan gawang meskipun berdepan tekanan di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah.

Beliau berkata sebelum perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala itu, beliau dan Farizal menumpukan lebih perhatian terhadap corak sepakan pemain skuad ‘Gajah Perang' itu.

“Saya masih tenang dan yakin pada waktu itu kemungkinan besar Farizal akan menyelamatkan sepakan penalti kerana kita ada belajar cara mereka mengambil penalti. Sebab itu saya yakin Farizal boleh buat sesuatu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di sini, Rabu.

Sepakan penalti dihadiahkan pengadil dari Jordan, Adham Mohammad Tumah Makhadmeh pada masa tambahan babak kedua itu berpunca selepas pemain pertahanan, Muhammad Syahmi Safari melakukan kesilapan dalam kotak penalti.

Keputusan pengadil tersebut juga melenyapkan seketika sokongan padu kira-kira 3,000 penyokong tanah air yang hadir ke stadium berkenaan, kerana keputusan 2-2 pada masa itu sudah cukup untuk membawa Malaysia ke pentas final selepas kali terakhir pada 2014.

Bagaimanapun, sepakan penalti diambil Adisak Kraisorn melambung tinggi melewati palang sekali gus menyaksikan kedudukan 2-2 kekal sehingga wisel penamat.

Sementara itu, Cheng Hoe memuji barisan anak buahnya selepas menampilkan aksi terpuji pada babak pertama selain menyifatkan disiplin tinggi ditonjolkan meskipun ketinggalan dua kali adalah kunci utama kejayaan malam ini.

“Pada 45 minit pertama perlawanan, barisan pemain beraksi dengan sangat baik dengan menyerap segala tekanan kerana kita tahu bermain di sini bukanlah mudah.

“Separuh masa kedua pula, pemain berjaya menjelmakan segala taktikal serta perancangan dan mereka juga menunjukkan disiplin cukup tinggi sehingga perlawanan berakhir,” katanya.

Menanti Malaysia pada aksi final pertama dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan, adalah antara Filipina dan Vietnam yang akan turun berentap dalam perlawanan separuh akhir kedua Khamis. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain