Lookman mahu bermain untuk England berbanding Nigeria - Sukan | mStar

Lookman mahu bermain untuk England berbanding Nigeria

Ademola Lookman. Foto:PA

ADEMOLA Lookman diberi jaminan bersama pasukan England selepas berbincang bersama Ketua Jurulatih Bawah 21 Tahun Aidy Boothroyd.

Pemain sayap Everton itu antara bintang muda yang berada dalam skuad B-20 yang menjuarai Piala Dunia tahun lalu.

Lookman antara pemain utama yang disenaraikan dalam skuad B-21 bagi aksi musim depan di Itali.

Bagaimanapun prestasi cemerlangnya itu telah menarik minat pasukan Nigeria yang dibimbing Gernot Rohr yang kini dalam persiapan menghadapi Piala Negara-Negara Afrika tahun depan.

Tiga minggu lalu, Rohr memberitahu dia mahu 'menukar pemikiran pemain itu supaya dapat beraksi dengan pasukan kami'.

Berikutan dengan itu Persatuan Bola Sepak England (FA) telah berbincang dengan Lookman,21, di St George Park minggu lalu dan telah diberi jaminan berada dalam skuad negara ini.

"Setiap kali bertemu dengannya, saya akan mengusik mengenai perkara ini. Saya bertanya 'Kenapa kamu mahu meninggalkan kami?'.

"Tetapi dia sangat fokus kepada England - itulah yang dia beritahu pada saya. Dia mahu bermain bola sepak antarabangsa untuk England," ujar Boothroyd.

Ademola Lookman , England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

"Malam yang akan diingat sampai bila-bila"

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain