suria

'Dembele harus fokus kalau mahu berjaya di Barcelona' - Suarez

Suarez memberi nasihat kepada Dembele agar lebih fokus.

PEMAIN handalan Luis Suarez menasihati supaya rakan sepasukannya, Ousmane Dembele supaya lebih serius sewaktu berada di padang.

Ujar bintang Uruguay itu, Dembele, 21, perlu belajar untuk menjadi serius jika mahu berjaya di Barcelona.

Tambahnya lagi, Dembele seperti tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Sepanyol.

Tidak hanya mengkritik, Suarez bagaimanapun turut berkongsi beberapa nasihat buat pemain muda itu.

Dembele dikatakan terlepas latihan padang gara-gara leka bermain permainan video sepanjang malam.

"Kami nampak dia gembira, tapi saya rasa dia perlu lebih fokus.

"Ramai pemain di Barcelona yang dia boleh ambil sebagai contoh, boleh lihat sebagai inspirasi. Ramai pemain yang profesional di sini.

"Tapi Dembele memang layak dan dia pastinya akan berjaya dengan Barcelona," ujar Suarez lagi.

Dembele sebelum ini bermain dengan Borussia Dortmund pada 2017 sebelum menyertai Barcelona.

Bermula dengan kecederaan sewaktu menyertai pasukan gergasi itu, ia sedikit sebanyak menjejaskan prestasinya.

Malah, timbul juga beberapa spekulasi yang memberi bayangan mengenai nasib serta masa depan kerjayanya dalam pasukan itu.

Awal minggu ini misalnya, Dembele dilaporkan terlepas latihan padang gara-gara bermain permainan video bersama kawannya sepanjang malam. - Goal.Com.

 

Luis Suarez, Ousmane Dembele

Artikel Berikut

Artikel Lain