suria

Prestasi bagus, Rooney gembira dengan rekod jaringan Harry Kane

SELAIN membantu pasukan England mara ke pusingan akhir UEFA, jaringan kemenangan Harry Kane ke atas Croatia pada Ahad turut mencatat satu rekod baharu buat pemain itu.

Ia menjadi jaringan ke 20 Kane dalam 35 penampilan bersama pasukan itu.

Lebih manis, Wayne Rooney turut teruja dengan catatan itu dan meluahkan keyakinannya bahawa Kane akan memadam rekod yang dipegangnya sebelum ini.

Malah kata Rooney, dia membayangkan bahawa Kane mampu mengumpul sehingga 53 jaringan, tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Kane sendiri juga tidak pernah berselindung dengan impiannya untuk memadam rekod Rooney.

"Ianya suatu yang tak mustahil. Ia masih jauh tapi boleh dicapai. Tapi saya tak fikir sangat mengenai hal itu sekarang," katanya.

Sementara itu, Ian Wright turut memuji prestasi Kane walaupun ia disifatkan sebagai tidak sempurna.

Kata Wright, permainan Kane sedikit tumpul dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun, Kane kini sememangnya diakui ramai sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia.

Malah, kemampuannya membantu pasukan England dan Tottenham juka turut dipuji ramai.- DailyMail/HITC.Com

 

Harry Kane, Ian Wright

Artikel Sebelum

Artikel Lain