suria

Modric tak kisah menang atau tidak Ballon d'Or, akui tahun yang cukup hebat

LUKA Modric memberitahu dia tidak peduli sama ada menang atau tidak Anugerah Ballon d'Or bulan depan.

Bintang Croatia itu mengakui: "Tahun saya sangat hebat, itu sahaja".

Pemain Real Madrid itu menjadi pilihan untuk meraih anugerah berprestij iitu selepas membantu kelabnya merangkul trofi Liga Juara-Juara (2017) dan mara ke final Piala Dunia Jun lalu.

Modric bakal bersaing dengan Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan Mohamed Salah.

Walaupun dia telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Fifa September lalu, Modric percaya dia tidak berkurangan jika tidak memenangi anugerah yang bakal diadakan pada 3 Disember ini.

"Saya ada beritahu sebelum ini bahawa satu penghormatan berada dalam persaingan ini.

"Jika ia berlaku, tiada siapa yang akan gembira seperti saya, tetapi jika tidak...tiada apa yang berubah," ujarnya kepada FourFourTwo.

Luka Modric

Artikel Berikut

Artikel Lain