suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya derita tengok United, Mourinho tak sesuai di Old Trafford"

Eric Cantona

ERIC Cantona merasakan hubungan Jose Mourinho dan Manchester United seperti 'not the right man for the right woman'.

United kini beradam di tangga ke-10 liga dan bakal berdepan dengan Everton pada Ahad.

"Ia seperti 'bukan lelaki sesuai untuk seorang wanita'. Dengan cara bermain, anda bukan sahaja kalah, tetapi anda juga mengambil risiko.

"Anda kalah bertemu Juventus dan 70 peratus pemilikan bola di Old Trafford.

"Boleh anda bayangkan Alex Ferguson berada di bangku?," jelas bekas penyerang United itu.

Tambah Cantona dia menderita melihat United pada masa ini.

"Saya menderita. Dan lebih menderita apabila melihat City bermain sangat hebat.

"Tetapi saya fikir kanak-kanak perlukan contoh.

"Mereka perlukan pemain hebat, pergerakan hebat, bola sepak yang kreatif untuk mengenal pasti diri sendiri sebagai pemain atau sebuah pasukan.

"Saya saya fikir United sekarang sudah hilang generasi pemain muda. Pemain-pemain muda yang ada sekarang mengenal pasti diri mereka dengan cara City bermain.

"Bolehkah kita terima? Tidak," tambahnya. -OneFootball

Eric Cantona, Menchester United

Artikel Lain