Peguam mohon bantuan FBI siasat kes rogol Ronaldo

PEGUAM kepada Kathryn Mayorga, wanita yang mendakwa dirogol Cristiano Ronaldo meminta bantuan Pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat kes berkenaan.

Pasukan perundangan yang mewakili wanita itu mendakwa Ronaldo membelanjakan jutaan dolar dalam usaha untuk menutup mulut Kathryn.

Malah, mereka turut memohon pihak FBI membuat siasatan mengenai detektif persendirian yang diupah Ronaldo dalam usaha untuk menutup kes berkenaan.

Selain FBI, pasukan perundangan yang mewakili wanita itu turut memohon bantuan daripada polis Scotland Yard dan pihak berkuasa Portugal bagi meneruskan siasatan lanjut kes tersebut.

Biarpun belum dibuktikan bersalah, Ronaldo kini berhadapan dengan kesan yang menjejaskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak terkenal dunia.

Terbaharu, bintang Juventus itu digugurkan daripada barisan pemain Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland.

Selain itu, kontrak Ronaldo bersama syarikat pengeluar pakaian sukan Nike dan EA Sports juga mungkin ditamatkan jika dia dibuktikan bersalah.

Malah, Nike yang mempunyai kontrak bernilai AS$1 bilion (RM4.15 bilion) dengan pemain itu sedang memantau perkembangan siasatan kes itu.

Dalam pada itu, pemain berusia 33 tahun itu mengeluarkan penafian sekeras-kerasnya berhubung dakwaan tersebut di media sosial pada Khamis.

"Saya sekeras-kerasnya menafikan tuduhan terhadap saya," kata Ronaldo.

"Saya mahu membersihkan nama saya... saya mahu bertenang dan menantikan segala hasil siasatan," tambahnya.- The Sun.

Cristiano Ronaldo, Rogol, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain