suria

Saya pilih Messi berbanding Ronaldo - Pele

LEGENDA bola sepak, Pele secara terbuka menyatakan dia akan memilih Lionel Messi berbanding Cristiano Ronaldo untuk bermain bagi pasukannya.

Pele berkata demikian pada Jumaat lalu sewaktu bertemu dengan bekas kapten India, Bhaichung Bhutia.

"Kalau perlu pilih untuk pasukan saya, saya pilih Messi berbanding Ronaldo.

"Sukar untuk bandingkan dua pemain itu. Messi ada gaya permainan yang berbeza. Messi lebih teratur permainannya bagi saya.

"Ia seperti perbandingan antara saya dengan George Best. Tapi kami ada gaya berbeza," ujar Pele.

Ujar Pele, permainan Messi lebih teratur berbanding Ronaldo.

Sementara itu, ketika diaju mengenai perubahan dalam arena bola sepak, Pele mengakui sudah banyak yang berubah dari dulu hingga kini.

Katanya, perubahan yang ketara bukannya berlaku di atas padang sebaliknya melibatkan fasiliti sukan itu,

Dalam pada itu, Pele berkata jika pemain India mahu mempertingkatkan kemahiran, mereka perlu berlatih di Brazil sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

"Hantar anak muda ke Brazil selama tiga bulan setiap tahun. Kamu boleh belajar asas di sana.

"Kadang-kadang saya rasa tuhan yang melatih pasukan Brazil," katanya lagi merujuk kepada kejayaan pasukan negara itu yang diperakui di peringkat global.- Sports.NDTV.

Pele, Lionel Messi

Artikel Lain