suria

“Ada banyak sebab kenapa Manchester United lemah” - Mourinho

Mourinho akui ada banyak sebab mengapa United bergelut teruk pada musim ini. - AFP

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berkata, ada banyak sebab mengapa kelab itu bergelut pada musim ini.

Mourinho mengakui bahawa sukar untuk menerima lima perlawanan tanpa satu kemenangan pun diraih oleh kelab itu.

Bos United itu mengadakan sidang media selama tiga minit pada pagi Jumaat dan hanya menjawab soalan yang berkaitan dengan perlawanan menentang Newcastle pada Sabtu ini.

Ketika ditanya punca prestasi United merudum, Mourinho membalas: "Ada banyak sebab."

Jurulatih kelahiran Portugal itu enggan memberikan sebab-sebab tersebut kepada pemberita dan tidak membalas ketika ditanya sama ada dia boleh memberikan kepastian kepada penyokong United bahawa dia akan melakukan segala-galanya bagi memastikan keadaan kembali seperti sebelum ini.

United kini di kedudukan ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris.

Mourinho akui bahawa United memerlukan keputusan positif ketika menentang Newcastle nanti selepas mengambil satu mata daripada pasukan itu pada dua perlawanan sebelum ini.

"Bagi membaiki kedudukan, kami perlu memenangi tiga mata tapi, kami kenal lawan kami memerlukan mata itu untuk tujuan lain.

"Hanya satu kekalahan dalam tujuh perlawanan sebelum ini. Tapi, tiada kemenangan di laman sendiri dalam tiga perlawanan sebelum ini, tiga lagi hanya seri.

"Ia bukan tentang rasa kalah tapi kegembiraan bila menang. Penting untuk kami cuba dan menang kali ini," katanya. - Skysports

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain