suria

"Pogba boleh jadi pemain terbaik di dunia" - Michael Owen

MICHAEL Owen menyifatkan Paul Pogba boleh menjadi pemain terbaik di dunia jika dia berada di bawah kendalian Alex Ferguson, ujarnya seolah-olah mempertikaikan kebolehan pengendali Manchester United, Jose Mourinho.

Pasukan itu kini diselubungi pelbagai isu selepas kekalahan sebanyak empat kali.

Pogba turut terpalit apabila dia dikatakan gagal mempamerkan potensi terbaik gara-gara bernaung di bawah pengurus yang salah.

Owen yang pernah menjadi penyerang pasukan itu suatu ketika dahulu secara terbuka menyuarakan padangannya mengenai hal itu.

"Saya rasa dia pemain yang hebat walaupun saya kerap kecewa menonton permainannya. Tapi pada usia muda dia sudah banyak pengalaman berbanding sesetengah pemain lama.

"Prestasi akan menjadi konsisten seiring kematangan. Tapi di bawah kendalian Mourinho tidak berupaya jadi yang terbaik.

"Seandainya dia diuruskan oleh Ferguson, dia pasti akan jadi pemain terbaik di dunia," ujar Owen.

Tambah Owen lagi, biarpun Mourinho pernah menguruskan pemain-pemain seperti Mo Salah, Kevin De Bruyne, mereka menjadi lebih hebat selepas berpindah ke pasukan lain.

Malah, Owen juga percaya yang Mourinho perlu bertanggungjawab di atas kekalahan Manchester United. - Goal.Com.

Pogba, Micahel Owen, MU

Artikel Sebelum

Artikel Lain