suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan rogol: Ronaldo 'digugur' daripada skuad Portugal lawan Poland, Scotland

Cristiano Ronaldo. Foto AP

CRISTIANO Ronaldo digugurkan daripada barisan pemain Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland.

Bintang Juventus itu tidak bermain untuk pasukan negaranya sejak Piala Dunia selepas ia gagal melayakkan diri ke suku akhir.

Ronaldo bagaimanapun belum bersara daripada bola sepak antarabangsa, dan dijangka pulang ke negaranya.

Ronaldo direhatkan seketika di saat dakwaan rogol membabitkan Ronaldo pada 2009.

Pemain berusia 33 tahun itu mengeluarkan penafian sekeras-kerasnya berhubung dakwaan tersebut di media sosial pada Khamis.

"Saya sekeras-kerasnya menafikan tuduhan terhadap saya," kata Ronaldo.

"Saya mahu membersihkan nama saya... saya mahu bertenang dan menantikan segala hasil siasatan," tambahnya.

Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan undang-undang, dengan mendakwa Ronaldo telah merogolnya di sebuah bilik di hotel di Las Vegas, AS pada 2009. - Mirror Online

Cristiano Ronaldo

Artikel Lain