suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua wanita cipta sejarah dilantik lembaga pengarah SAFF

Adwa Al-Arifi.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) pada Rabu melantik dua wanita sebagai ahli lembaga pengarahnya buat pertama kalinya dalam sejarah.

Dua wanita itu adalah Adwa al-Arifi dan Reham Al-Onaizan.

Qusay Abdulaziz al-Fawaz pula dilantik sebagai presiden baharu SAFF.

Pihak berkuasa Saudi berkata al-Fawaz merupakan calon tunggal yang memenuhi syarat untuk mengisi jawatan presiden selepas peletakan jawatan Adel Ezzat pada 19 Ogos lalu.

Media Saudi melaporkan Al-Arifi dilantik sebagai ahli jawatankuasa wanita pertama dalam sejarah SAFF pada Februari lalu.

Beliau adalah sebahagian daripada tujuh ahli jawatankuasa tanggungjawab sosial korporat dan memiliki ijazah dalam pentadbiran perniagaan.

Sementara itu, halaman Linkedln milik Al-Onaizan mendedahkan beliau bertugas sebagai Pengurus Kanan Bahagian Pengurusan Inisiatif dan Prestasi Korporat di sebuah perbadanan kerajaan Arab Saudi.

SAFF

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain