suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Liverpool tidak cukup bagus"

GOL lewat Lorenzo Insigne meranapkan peluang Liverpool untuk membawa pulang bekalan selesa semasa aksi menentang Napoli pada saingan Liga Juara-Juara di Stadio San Paolo, awal pagi Khamis.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mengakui anak buahnya tidak cukup bagus semasa tewas 0-1 kepada Napoli.

"Tiada percubaan berbahaya, saya tidak ingat bila kali terakhir ia berlaku.

"Saya fikir kami merupakan pasukan yang sempurna kerana boleh bermain dengan lebih bagus.

"Tiada percubaan berbahaya tidak mencukupi. Mereka mempunyai permainan yang bagus, tetapi kami tidak. Mereka layak mendapat tiga mata.

"Untuk alasan yang tepat saya tidak pasti 100 peratus. Sebahagian besar prestasi itu adalah kesalahan saya tetapi saya memerlukan sekurang-kurangnya satu malam untuk meneliti kesilapan itu," kata Klopp.

Dalam perlawanan itu, Liverpool kehilangan khidmat Naby Keita yang mengalami kecederaan pada babak pertama.

Klopp tidak pasti tahap kecederaan yang dialami pemain yang baharu dibawa masuk ke Anfield pada musim panas lalu itu.

"Ia berkaitan bahagian belakang, itu apa yang saya dengar. Saya tidak pasti. Kita perlu tunggu," katanya.

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain