suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik United mahu Mourinho kekal kendali pasukan

Avram Glazer (kiri) dan pemilik Manchester United masih menyokong Mourinho.

KELUARGA Glazer, pemilik Manchester United masih memberi sokongan penuh kepada Jose Mourinho untuk terus mengendali pasukan itu.

Mourinho berdepan tekanan yang memuncak selepas United mempamerkan aksi hambar sejak permulaan musim dan turut tidak sebulu dengan Paul Pogba dan Anthony Martial.

United masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Malah pasukan itu juga gagal mencipta kemenangan di Old Trafford sejak kempen pembuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika berdepan Leicester City.

Zinedine Zidane dikaitkan bakal menggantikan Mourinho sementara Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino menjadi calon utama Ed Woodward ketika ini.

Namun ESPN melaporkan keluarga Glazer tidak sebarang perancangan untuk memecat Mourinho.

Malah mereka percaya pengendali dari Portugal itu boleh membantu United kembali bangkit daripada prestasi tidak menentu ketika ini.

Keluarga Glazer juga dilaporkan mahu memberi peluang kepada Mourinho untuk memulihkan situasi di Old Trafford selepas mengambil kira prestasi cemerlangnya musim lalu.

Namun tekanan akan terus meningkat dan beberapa penyokong sudah meluahkan kekecewaan terhadap United ketika pasukan itu terikat seri tanpa jaringan dengan Valencia, awal pagi Rabu.

United akan bertemu Newcastle United di Old Trafford, Sabtu ini. - Metro.co.uk

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

"Liverpool tidak cukup bagus"

Artikel Berikut

Artikel Lain