suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Mourinho memalukan United"

LEGENDA Manchester United Paul Scholes menuduh Jose Mourinho memalukan kelab tersebut.

Mourinho berdepan tekanan di Old Trafford selepas United melakukan permulaan musim yang hambar sejak 1990.

Pengendali dari Portugal itu dilaporkan bertikam lidah dengan Paul Pogba dan terbaharu timbul pula khabar angin bahawa bilik persalinan terbahagi kepada dua kem.

Scholes percaya Mourinho layak dipecat kerana memalukan United dengan beberapa tindakannya baru-baru ini.

"Saya duduk di sini terkejut dan dia (Mourinho) masih lagi bersama pasukan.

"Dia datang ke sidang media, mengecam pemain, pihak atasan. Saya fikir mulutnya sudah tidak dapat dikawal dan dia telah memalukan kelab," kata Scholes. - Metro.co.uk

Paul Scholes, Jose Mourinho

Artikel Lain