suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho dipulaukan, konflik dengan lebih ramai pemain

Jose Mourinho. Foto Reuters

JOSE Mourinho dikhabarkan 'dipulaukan' di Old Trafford selepas mempunyai konflik dengan lebih ramai bintang Manchester United.

Pengurus Manchester United itu pada Isnin mendakwa beliau masih mendapat sokongan para pemainnya, tetapi mengakui 'segelintirnya mengambil berat berbanding yang lain'.

Tambah Mourinho: "Saya masih lagi individu semasa saya 20 tahun lalu dan saya masih naif, tetapi saya tidak percaya apabila seorang pemain tidak jujur."

Bagaimanapun, dikhabarkan beliau mengkritik Antonio Valencia kerana tidak menghadiri perlawanan Piala Carabao pada minggu lepas yang menyaksikan pasukan itu ditewaskan oleh Derby County, dalam peranannya sebagai kapten kelab sebelum digugurkan untuk ke West Ham.

Mourinho difahamkan hampir tidak bercakap dengan Valencia setelah melepaskan Paul Pogba dari wakil kapten berikutan konflik bersama pemain kelahiran Perancis itu.

Sportsmail pada minggu lalu mendedahkan beberapa pemain termasuk Anthony Martial, Eric Bailly dan Andreas Pereira, berpihak kepada Pogba berbanding Mourinho, sehingga mewujudkan kem berasingan dalam Manchester United.

Kini terdapat kebimbangan serius berhubung berapa ramai pemain pasukan pertama yang tetap setia kepada jurulatih berusia 55 tahun itu.

Namun, Mourinho pada Isnin berkeras bahawa beliau dia tidak gentar dengan tugasnya. - Mail Online

Artikel Lain