suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maradona gesa Messi bersara

PEMAIN legenda Argentina, Diego Maradona percaya Lionel Messi harus bersara daripada bola sepak antarabangsa kerana gagal menggalas tanggungjawab untuk membawa kemenangan kepada pasukan negara itu.

Messi tidak ditampilkan dalam La Albiceleste sejak Argentina tewas dalam Piala Dunia FIFA 2018 di pusingan 16.

Maradona merasakan Messi harus mengundurkan diri.

Dia memberitahu agensi berita Argentinian Clarin: "Apa yang akan saya katakan kepada Messi? Jangan kembali lagi. Bersaralah.

"Ia adalah kesalahan Messi. Memang dia yang patut dipersalahkan.

"Saya akan beritahu dia: 'Jangan pergi lagi'. Mari kita lihat sama ada mereka boleh mengendalikannya." - Bleacher Report

Diego Maradona, Lionel Messi

Artikel Lain