suria

Pogba seorang tak boleh bantu Man United menang, bukan macam Perancis

Paul Pogba. Foto Reuters

PENGURUS skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps menegaskan Paul Pogba tidak akan dapat membantu kemenangan Manchester United seorang diri.

Pemain tengah itu menjadi kambing hitam bagi pasukan yang bermasalah di bawah pengurusan Jose Mourinho.

Mereka sekali lagi menimpa nasib malang apabila tewas kepada West Ham dengan 1-3 pada Sabtu.

Bagaimanapun, Deschamps percaya bakat sebenar Pogba hanya boleh digunakan, kerana dia bersama pasukan Perancis pada Piala Dunia.

Ia juga disebabkan Pogba bermain dengan pasukan dan mentaliti yang tepat serta barisan pemain handalan.

Ditanya mengapa prestasi Pogba dalam skuad Perancis begitu berbeza semasa bersama Manchester United, Deschamps memberitahu The Observer: "Bagi Paul, ia bukan saja bergantung pada dia, tetapi juga kelab yang dia naungi dan cara bermain berpasukan. 

"Ia bukan disebabkan seorang pemain yang membuatkan sesebuah pasukan itu menang," tambah Deschamps. - Mail Online UK

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Sebelum

Maradona gesa Messi bersara

Artikel Berikut

Artikel Lain