suria

Ini sebab mengapa 'pemergian' Mourinho jadi berita buruk buat Juventus

MANCHESTER United tersungkur 3-1 di tangan West Ham United pada Sabtu selepas gol dijaringkan oleh Felipe Anderson and Marko Arnautovic; dan gol sendiri oleh pemain bek tengah United, Victor Lindelof.

Jika kekalahan tersebut digabung dengan penyingkiran United dalam Piala Carabao dan Frank Lampard’s Derby County serta laporan ketegangan antara Jose Mourinho dan Paul Pogba, nampaknya masa depan pengurus itu tidak akan bertahan lama di United.

Sekilas pandang, pengunduran Mourinho dilihat seperti satu berita baik buat Juventus memandangkan kelab itu akan ke Old Trafford pada Oktober bagi perlawanan dalam kejohanan Liga Juara-Juara.

Kelab tanpa pengurus tersebut mungkin menjadi senario paling ideal buat Bianconeri.

Namun, jika Mourinho pergi, ia akan merosakkan perancangan Juventus untuk mengikat pemain tengah United, Paul Pogba.

Pogba ingin meninggalkan United disebabkan hubungannya yang tegang dengan Mourinho.

Bagaimanapun, jika Mourinho pergi dan Zinedine Zidane menjadi ketua jurulatih, Pogba mungkin mahu kekal di United. - Calcio Mercato

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Lain