suria

Nicol David tewas suku akhir Terbuka Oracle Netsuite di California

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal dalam usaha untuk mengulangi kejayaan tahun lepas apabila kalah dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Oracle Netsuite 2018 di California, Amerika Syarikat pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Nicol yang muncul sebagai naib juara tahun lalu, kalah 11-9, 9-11, 9-11 dan 7-11 kepada juara 2016, Laura Massaro dari England dalam kejohanan yang diadakan di gelanggang kaca di San Francisco Bay Area, menurut laman web kejohanan; www.oraclenetsuiteopen.com.

Ia adalah dendam manis untuk Massaro yang tewas kepada Nicol pada pusingan kedua Terbuka China, awal bulan ini. 

Malaysia tidak menghantar sebarang wakil di bahagian lelaki dalam Kejohanan Jelajah Dunia PSA itu. - Bernama


Nicol David

Artikel Berikut

Artikel Lain