Fabregas mahu setia bersama Chelsea - Sukan | mStar

Fabregas mahu setia bersama Chelsea

BIARPUN jarang diturunkan beraksi di padang, ia tidak menjadi penghalang untuk Cesc Fabregas kekal setia bersama Chelsea.

Malah, pemain berusia 31 tahun itu menyatakan hasratnya untuk setia dan bertahan lebih lama bersama kelab gergasi itu.

Namun, kontrak Fabregas dilaporkan bakal berakhir pada akhir musim ini sekaligus memberi peluang untuk dia berunding dengan mana-mana kelab lain pada Januari ini.

Fabregas kagum dengan kemampuan Sarri dalam menguruskan Chelsea.

"Saya ingin bertahan bersama The Blues. Saya gembira dalam tempoh empat tahun setengah ini.

"Kami berjaya memperoleh beberapa kemenangan. Saya fikir banyak lagi yang boleh saya sumbangkan untuk Chelsea.

"Tapi pada akhirnya ia bergantung kepada pengurusan kelab," ujarnya.

Malah katanya lagi, dia selesa dengan corak permainan yang diatur pengurus serta jurulatih kelab itu.

Sehubungan itu, dia meluahkan hasrat untuk bekerjasama di bawah naungan pengendali itu untuk tempoh yang lama lagi.

"Cara dia melihat permainan bola sepak mungkin menjadi panduan jika saya menjadi jurulatih suatu hari nanti.

"Saya belajar banyak perkara di sini. Sangat menarik lihat dia bekerja dan saya ingin kekal lebih lama di sini," kata Fabregas mengenai pengurusnya, Maurizio Sarri. - SportDetik/SkySport.

Cecs Fabregas , Chelsea , Maurizio Sarri

Artikel Berkaitan

Artikel Lain