suria

Mourinho sempat layan permintaan peminat untuk bergambar lepas isu pemecatannya tersebar

JOSE MOURINHO dirakamkan meninggalkan Hotel Lowry pada pagi Sabtu, kurang 24 jam selepas jurulatih itu dilaporkan akan dipecat.

Bos Manchester United tersebut telah kehilangan keyakinan lembaga kelab itu kerana tidak menang dalam perlawanan menentang Newcastle.

Keputusan perlawanan itu sudah cukup untuk mengubah fikiran mereka.

The Red Devils telah mengalami permulaan yang buruk musim ini, tidak menang dalam empat perlawanan dan jauh untuk mengejar Manchester City serta Liverpool untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris.

Mourinho juga telah membuatkan pemain, peminat dan kakitangan di Old Trafford terasing apabila pendekatan yang digunakannya beberapa bulan kebelakangan ini agak 'pecah belah'.

Namun, walaupun berita itu heboh diperkatakan pada petang Jumaat, Mourinho kelihatan tidak terjejas ketika dia bergambar dengan peminat di luar Hotel Lowry pada keesokan harinya.

Sejak mengambil alih skuad Red Devils pada 2016, Mourinho telah menggunakan hotel mewah lima bintang itu sebagai kediaman tetapnya.

Jurulatih kelahiran Portugal itu kemudian masuk ke dalam kereta Jaguar dan dipercayai menuju ke pusat latihan kelab berkenaan di Carrington. - Mirror UK

Jose Mourinho

Artikel Lain