suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala AFC B-16: Aksi Malaysia-Jepun ditunda pada Khamis, masuk percuma!

Foto kredit: AFC

PETALING JAYA: Hujan lebat yang melanda ibu kota petang Rabu memaksa perlawanan terakhir bagi Kumpulan A Piala AFC Bawah 16 Tahun ditunda pukul 11 pagi Khamis. 

Sepak mula perlawanan Thailand dan Tajikistan sepatutnya berlangsung pukul 4.30 petang di Stadium Arena Universiti Malaya, sekali gus turut menyaksikan aksi Malaysia menentang Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada petang Rabu juga ditunda.

Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pukul 11 pagi esok (Khamis).

Kedua-dua perlawanan ini dianggap penting  kepada semua pasukan bagi penentuan ke pusingan kedua Ahad ini.

Skuad negara yang dibimbing ketua jurulatih Lim Teong Kim kini berkongsi tiga mata dengan Thailand namun mempunyai kelebihan gol untuk menduduki tempat kedua.

Dan Jepun pula mengungguli tempat pertama dengan empat mata.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat hebahan di Insta Storynya bahawa kemasukan ke stadium pada perlawanan esok adalah percuma.

"Perlawanan ditangguhkan ke esok 11 pagi, kemasukan ke Stadium Bukit Jalil adalah percuma.

"Ini kerana perlawanan di antara Tajikistan di PJ tak dapat dijalankan serentak dan padang tak boleh digunakan.

"Kedua-dua perlawanan perlu dijalankan serentak. Esok 'free', datang beramai-ramai," tulisnya.

AFC B-16, tunda

Artikel Lain