suria

Manchester United perkenal kit terbaharu warna merah jambu

MANCHESTER United akan memakai kit berwarna merah jambu buat pertama kalinya musim ini selepas kelab itu memperkenal kit terbaharu 'away' bagi musim 2018/2019.

Kit Adidas terbaharu United itu adalah sebagai penghormatan kepada akhbar Manchester Evening News 'Football Pink'.

Penyokong berpeluang menghiasi muka depan akhbar sukan paling terkenal yang tamat beroperasi pada 2007.

Ratusan penyokong United beratur berjam lamanya di ibu kota untuk menjadi antara pembeli pertama kit terbaharu itu.

Kit terbaharu itu akan digunakan skuad kendalian Mourinho ketika aksi bertemu Burnley, Ahad ini.

Krystal Mclouglin yang beratur bersama ibunya selama dua jam berkata ia merupakan reka bentuk kegemarannya setakat ini.

"Saya sanggup beratur kerana ia edisi terhad dan saya akan memastikan ia menjadi milik saya.

"Saya amat sukakannya. Apa sahaja yang ada pada kit itu amat bagus dan walaupun saya sudah ada kesemua jersi United tapi ini adalah kegemaran saya," katanya.

Manchester United, kit

Artikel Lain