Pegawai keselamatan iringi skuad B-23 ke Indonesia - Sukan | mStar

Pegawai keselamatan iringi skuad B-23 ke Indonesia

Kim Swee sedang memantau sesi latihan anak buahnya di Wisma FAM pada Selasa. - fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Demi memastikan keselamatan pemain terjamin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menghantar seorang pegawai keselamatan untuk mengiringi skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan ke Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.

Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee selepas beliau dimaklumkan oleh Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kim Swee berkata langkah FAM menghantar seorang pegawai keselamatan itu mampu meningkatkan tahap keselamatan pasukan sekali gus membantu pemain memberi sepenuh tumpuan terhadap saingan di Indonesia.

“Saya telah dihubungi Presiden FAM dan dimaklumkan bahawa kita akan mendapat seorang pegawai keselamatan untuk bersama pasukan di mana kita tahu keadaan amat tegang di sana (Indonesia).

“Apa paling penting ialah keselamatan pemain dan pegawai. Jika kita mempunyai perancangan dari segi keselamatan dengan adanya pegawai keselamatan ini, saya percaya beliau mempunyai perancangan tertentu jika berlaku sebarang kemungkinan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad B-23 negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, Selasa.

Persengketaan dan provokasi membabitkan penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia merupakan satu senario lazim yang berlaku apabila kedua-dua negara bertanding dalam mana-mana kejohanan yang sama.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini situasi itu semakin tegang apabila skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara terpaksa berdepan detik cemas sejurus menewaskan Indonesia untuk melangkah ke final Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-19 2018.

Skuad B-19 kendalian ketua jurulatih, Bojan Hodak itu terpaksa berlari memasuki bilik persalinan dengan dilindungi perisai pihak pasukan keselamatan tempatan bagi mengelak daripada terkena objek keras yang dibaling penyokong tuan rumah.

Nasib sama turut menimpa skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan apabila penyokong Indonesia bertindak menghina nama Malaysia dan menyanyikan ‘chant' berbunyi “Malaysia itu anjing” pada aksi sulung Kejuaraan AFF B-16 2018 di Stadium Joko Samudro, Surabaya, berdepan Thailand, Isnin. - BERNAMA

pegawai keselamatan , FAM

Artikel Sebelum

Zidane pengganti Mourinho?

Artikel Berikut

Mungkin ada, mungkin tidak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain