suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zidane pengganti Mourinho?

LEMBAGA Pengarah Manchester United sedia melantik Zinedine Zidane sebagai pengurus baharu sekiranya Jose Mourinho meninggalkan Old Trafford.

Legenda bola sepak Perancis itu membuat kejutan apabila meletak jawatan sebagai pengurus Real Madrid pada hujung musim meskipun berjaya membantu pasukan itu memenangi trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga.

Mourinho dilaporkan tertekan selepas prestasi hambar skuad kendaliannya pada aksi pra musim.

Ketika United sedang aktif mencari pengganti Mourinho, Zidane antara yang mengisi senarai teratas ketika ini, lapor The Sun.

Lebih memburukkan keadaan, pengendali kelahiran Portugal itu kecewa dengan Ed Woodward kerana kurang 'membeli' pemain baharu musim ini.

Beberapa pemain United percaya masa depan Mourinho di Old Trafford semakin menghampiri penghujungnya.

Zidane masih belum terikat dengan mana-mana kelab ketika ini.

Artikel Lain