Messi Lebih Berkenan Coutinho Dari Ozil - Sukan | mStar

Messi Lebih Berkenan Coutinho Dari Ozil

Lionel Messi. Foto Reuters

BINTANG Barcelona, Lionel Messi menggesa kelab itu mendapatkan pemain Liverpool, Philippe Countinho berbanding Mesut Ozil.

Pemain skuad kebangsaan Argentina itu dilaporkan memberitahu pengurus Ernesto Valverde dan presiden kelab, Josep Bartomeu supaya mengutamakan Coutinho berikutan kebimbangan terhadap prestasi Ozil yang tidak menentu.

Kontrak pemain Arsenal itu akan berakhir pada musim panas depan.

Beliau bebas meninggalkan kelab tersebut selepas empat tahun bersama menerusi kontrak £42 juta (RM230.7 juta).

Terdahulu, dilaporkan bahawa Ozil mahu perjanjian £330,000 (RM1.8 juta) seminggu untuk berhijrah ke kelab gergasi La Liga, Barcelona.

Pemain skuad kebangsaan Jerman itu memberitahu Barcelona bahawa beliau hanya akan menandatangani bersama mereka sekiranya tuntutan bayarannya dipenuhi.

Pemain berumur 29 tahun itu turut dilaporkan mahu sejumlah bonus.

Lionel Messi , Mesut Ozil

Artikel Sebelum

“Saya Bimbang” - Mourinho

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Berkaitan

Artikel Lain