suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Ke Separuh Akhir

PETALING JAYA: Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir Terbuka Hong Kong pada Jumaat.

Pemain berusia 35 tahun itu menewaskan Son Wan Ho dari Korea Selatan,  21-11, 21-12 pada aksi suku akhir yang berlangsung selama 37 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei akan bertemu dengan bintang muda China, Shi Yuqi bagi merebut slot ke final pada Sabtu.

Yuqi mara ke separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara yang juga juara dunia lima kali, Lin Dan dalam aksi tiga set 13-21, 21-17, 21-15.

Chong Wei pernah memenangi kejohanan Terbuka Hong Kong sebanyak empat kali kali.

Begitupun, gelaran juara kali ini pastinya menjadi idaman Chong Wei bagi membolehkan dirinya menamatkan kemarau kejuaraan sejak mengungguli Seluruh England 2017, Mac lalu.

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain