suria

“Saya Bimbang” - Mourinho

Jose Mourinho. Foto AP

JOSE Mourinho mengakui beliau bimbang Marouane Fellaini akan meninggalkan Manchester United pada musim panas depan.

Pemain kelahiran Belgium itu menolak tawaran kontrak Manchester United pada September berikutan mencari peluang lain dengan bayaran £170,000 (RM933,899) seminggu.

Beliau boleh meninggalkan kelab tersebut sebagai ejen bebas pada akhir musim ini.

Fellaini yang baru menyambut ulang tahun kelahirnya ke-30 minggu ini dikaitkan dengan PSG dan kelab Turki, Besiktas.

Bagaimanapun, Mourinho akur dengan keadaan kontrak berkenaan kerana ia di luar kawalannya.

Ditanya adakah beliau bimbang pemainnya akan meninggalkan pada musim panas, Mourinho berkata: "Ya, saya bimbang."

Beliau menjeaskan bahawa tidak mencampuri keadaan itu dan membiarkan ia ditangani pemain dan lembaga pengarah berhubung sebarang kontrak dan tawaran.

"Kalau pemain menyempurnakan kontraknya, dia mempunyai hak untuk menentukan masa depannya.

'Dan saya menghormatinya kerana keputusan dan perbincangan di luar kawalan saya, jadi saya tunggu dan berharap mereka akan faham. Tetapi ia di luar kawalan," kata Mourinho. - Mail Online

Jose Mourinho, Marouane Fellaini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain