Ifwat Dedah Masa Depan Bersama Kedah - Sukan | mStar

Ifwat Dedah Masa Depan Bersama Kedah

PETALING JAYA: Penjaga gol muda yang menjadi perhatian, Ifwat Akmal Che Kassim mendedahkan masa depannya bersama skuad hijau kuning untuk musim depan.

Bintang muda Kedah berusia 21 tahun ini sememangnya bertuah kerana berpeluang beraksi di pelbagai pentas besar bersama skuad negerinya.

Malah dia juga merupakan penjaga gol kebangsaan Bawah 22 Tahun.

Jelas Ifwat dia bersyukur dengan penampilannya musim ini, lebih-lebih lagi dalam Liga Malaysia bersama Helang Merah.

"Pembukaan yang baik musim ini apabila kami merangkul juara Piala Sumbangsih, seterusnya Piala FA.

"Tetapi saya agak kecewa kerana gagal mempertahankan Piala Malaysia minggu lalu.

"Bagaimanapun itu bukan noktah untuk saya terus bersedih dan yakin semua itu pengalaman berguna untuk saya menjadi lebih baik," ujarnya kepada mStar Online.


Ifwat tidak menafikan, berdasarkan prestasi semasa, terdapat beberapa pasukan cuba mendapatkan khidmatnya.

"Ada tawaran dari pasukan pantai timur, tapi tak rasmi. Tapi saya masih lagi ada kontrak setahun dengan Kedah.

"Buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bertukar pasukan lagi.

"Saya akan habiskan kontrak dengan Kedah ini. Lagipun mereka (Persatuan Bola Sepak Kedah) telah memberi kenaikan gaji untuk pemain.

"Jadi tidak ada sebab saya berpindah kerana Kedah juga pasukan yang hebat," ujarnya yang  gembira dengan berita kenaikan gajinya itu.

Dalam pada itu, Ifwat tidak menafikan satu hari nanti dia mungkin akan cuba  mencari pengalaman bersama pasukan lain.

"Saya masih muda, sudah tentu ada perasaan ini menambah pengalaman. Tetapi apa yang pasti, jika berpindah pun bukan kerana duit.

"Faktor kekerapan bermain adalah keutamaan saya," jelasnya yang bakal menamatkan zaman bujangnya penghujung tahun depan.

Ifwat Che Kassim

Artikel Sebelum

Delac Bakal Tinggalkan Chelsea

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain