suria

Bintang Arsenal Cari Kelab Baru

BINTANG Arsenal dilapor telah berbincang dengan jurulatih Liga Perdana Inggeris untuk berhijrah ke kelab itu.

Olivier Giroud dilapor menghubungi Ronald Koeman untuk menyertai Everton selepas enggan pulang ke Perancis.

Everton dijangka tidak mempunyai masalah untuk membawa Giroud apabila berjaya mendapatkan Wayne Rooney dan hasil penjualan Romelu Lukaku kepada Manchester United.

Lukaku, 26, berjaya menjaringkan 26 gol sepanjang musim ini dan barisan serangan Everton tidak begitu goyah jika Giroud digandingkan bersama Rooney.

Fott Mercato melaporkan, dalam perbualan tersebut Giroud didakwa enggan lagi bersama Arsenal untuk musim depan.

Skuad bimbingan Arsene Wenger dilihat tidak mempunyai masalah untuk lepaskan pemain kebangsaan Perancis berkenaan kerana telah mendapatkan khidmat Alexandre Lacazette dengan nilai £52 juta.

Arsenal, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain