suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajax Aibkan Lyon

PEMAIN Chelsea yang dipinjamkan ke Ajax, Bertrand Traore menjaringkan dua gol ketika membantu pasukan itu menundukkan Olympique Lyonnais 4-1 pada aksi pertama separuh akhir Liga Europa, awal pagi Khamis.

Traore membuka jaringan awal untuk Ajax pada minit ke-25 diikuti jaringan kedua menerusi bintang muda Denmark, Kasper Dolberg sembilan minit kemudian.

Memasuki babak kedua perlawanan, Amin Younes meledak gol ketiga Ajax pada minit ke-49.

Namun Lyon bangkit untuk merapatkan jurang mata menerusi jaringan Mathieu Valbuena pada minit ke-66.

Tuah ternyata berpihak kepada tuan rumah, apabila Traore melengkapkan kemenangan bergaya Ajax.

Kemenangan besar itu sekali gus memastikan juara empat kali itu berada di landasan tepat untuk melangkah ke pentas akhir.

Kali terakhir kelab Belanda itu beraksi di final Eropah adalah pada Liga Juara-Juara 1996 ketika tewas kepada Juventus menerusi sepakan penalti.

Ajax, Lyon, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Lain