suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shaw Berehat Panjang - Mourinho

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan pemain pertahanan pasukan itu, Luke Shaw akan berehat sehingga hujung musim ini selepas bergelut dengan kecederaan kaki.

Selepas kembali beraksi daripada kecederaan patah kaki pada musim panas lalu, pemain berusia 21 tahun itu berdepan kemerosotan prestasi.

Walaupun Mourinho menurunkannya ketika berdepan Swansea pada Ahad lalu, ia merupakan penampilan terakhirnya bersama United pada kempen musim ini.

Pada perlawanan itu Shaw terpaksa dikeluarkan selepas beraksi hanya sembilan minit.

Difahamkan, ujian imbasan mendapati Shaw mengalami kecederaan ligamen di kaki kirinya.

"Luke Shaw cedera dan ia kecederaan yang serius. Namun kami masih menunggu satu lagi keputusan perubatan dari jabatan perubatan untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan.

"Namun, ia tidak penting. Dia tidak akan beraksi sehingga hujung musim ini. Ia sah," katanya.

Shaw menyertai Zlatan Ibrahimovic, Marcos Rojo dan Tim Fosu-Mensah dalam senarai pemain yang dibelenggu kecederaan.

Namun kehadiran Paul Pogba, Chris Smalling dan Phil Jone yang baharu pulih daripada kecederaan ternyata melegakan Mourinho menjelang kunjung ke Sepanyol.

Malah, Juan Mata turut akan diturunkan menentang Celta selepas kembali ke bangku simpanan pada Ahad selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha.

Luke Shaw, Manchester United

Artikel Sebelum

Sabaq Sat Helang Merah!

Artikel Berikut

Ajax Aibkan Lyon

Artikel Lain