suria

Higuain Lonjak Juventus

DUA gol jaringan Gonzalo Higuain membantu Juventus menundukkan Monaco pada aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di Stade Louis II, awal pagi Khamis.

Kemenangan itu sekali gus memberi bekalan selesa kepada Juventus menjelang aksi timbal balik di Turin, Itali pada 9 Mei ini.

Juventus yang berada pada landasan terbaik untuk menjadi kelab kedua dari Itali untuk memenangi treble musim ini, mendahului tuan rumah seawal minit ke-29.

Higuain meledak masuk hantaran Dani Alves dengan sempurna yang juga gol pertamanya pada pusingan kalah mati sejak April 2013.

Pemain kebangsaan Argentina itu terus membuktikan keupayaannya apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-59.

Monaco menjaringkan 146 gol dalam semua perlawanan musim ini tetapi gagal menjinakkan kubu pertahanan Juventus.

Juventus berjaya mempertahankan rekod tanpa lolos di pentas Eropah selama lebih 600 minit.

Keputusan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara:


AS Monaco
0
 - 
2
Juventus
 * Higuain (29', 59')


Juventus, Liga Juara-Juara, Monaco

Artikel Berikut

Artikel Lain